Hobi Waktu Lapang
Bila ada masa terluang, saya suka luangkan waktu dengan perkara yang boleh naikkan semangat saya. Selalunya, itu bermaksud main permainan video. Lepas berjam-jam dengan tugasan dan kelas, inilah cara saya untuk tenangkan fikiran hanya saya, skrin, muzik, dan kadang-kadang berbual dengan kawan secara dalam talian. Rasa seronok, dan dalam masa yang sama beri otak peluang untuk berehat sekejap. Saya juga suka berjalan-jalan di sekitar kampus waktu petang bila matahari mula terbenam. Suasananya tenang warna langit mula berubah, udara jadi sedikit sejuk, dan bunyi-bunyi sekitar perlahan-lahan hilang. Kadang-kadang saya berjalan sambil mendengar muzik, membiarkan fikiran melayang ke sana sini atau kadang, saya cuma nikmati suasana tanpa fikir apa-apa pun. Tak ada yang istimewa sangat, tapi main game dan berjalan waktu senja selalu bantu saya rasa lebih tenang dan gembira di tengah kesibukan hidup sebagai pelajar universiti.