Hobi Waktu Lapang

 

Bila ada masa terluang, saya suka luangkan waktu dengan perkara yang boleh naikkan semangat saya. Selalunya, itu bermaksud main permainan video. Lepas berjam-jam dengan tugasan dan kelas, inilah cara saya untuk tenangkan fikiran hanya saya, skrin, muzik, dan kadang-kadang berbual dengan kawan secara dalam talian. Rasa seronok, dan dalam masa yang sama beri otak peluang untuk berehat sekejap.

Saya juga suka berjalan-jalan di sekitar kampus waktu petang bila matahari mula terbenam. Suasananya tenang warna langit mula berubah, udara jadi sedikit sejuk, dan bunyi-bunyi sekitar perlahan-lahan hilang. Kadang-kadang saya berjalan sambil mendengar muzik, membiarkan fikiran melayang ke sana sini atau kadang, saya cuma nikmati suasana tanpa fikir apa-apa pun.

Tak ada yang istimewa sangat, tapi main game dan berjalan waktu senja selalu bantu saya rasa lebih tenang dan gembira di tengah kesibukan hidup sebagai pelajar universiti.

Comments

Popular posts from this blog

Pengenalan Diri

Tempat Kegemaran di UKM

Kemudahan di Fakulti