Tempat Kegemaran di UKM
Tiga diantara tempat paling saya suka ialah :
Masjid UKM sememangnya antara tempat paling tenang di dalam kampus. Bila rasa tertekan atau penat dengan kelas dan tugasan, di situlah saya akan pergi untuk solat dan menenangkan fikiran. Reka bentuknya yang indah dan suasananya yang damai sentiasa memberi rasa selesa setiap kali saya berada di sana.Kadang-kadang saya duduk di tangga selepas solat Maghrib, sambil melihat orang lalu-lalang atau sekadar termenung memikirkan hal sendiri. Tempat ini benar-benar buat saya rasa tenang, mengingatkan saya betapa bertuahnya dapat menjadi sebahagian daripada UKM.
Salah satu tempat yang saya cukup gemari selian Masjid UKM ialah Pusanika. Tempat ini boleh dikatakan seperti nadi UKM sentiasa ada sesuatu yang berlaku di situ. Selalunya saya ke Pusanika untuk beli alat tulis, cetak tugasan, beli makanan ringan, atau sekadar lepak bersama kawan-kawan ketika waktu rehat antara kelas.Tempat ini hampir tidak pernah sunyi, dipenuhi dengan pelajar yang lalu-lalang ke sana sini. Namun, saya suka suasana meriah dan hidup di Pusanika. Bagi saya, Pusanika bukan sekadar sebuah bangunan ia adalah pusat yang menyatukan seluruh warga UKM.
Satu lagi tempat kesukaan saya ialah Kafeteria Kolej Keris Mas. Sebab kedudukannya berhampiran dengan bilik saya, jadi kalau perut dah berkeroncong atau badan penat gila, memang singgah je sini. Menu dorang tak la mahal, rasanya pun okey lah. Yang selalu masuk dalam tray saya? Nasi Ayam Gepuk nasinya penuh, cukup untuk isi perut sampai malam. Bagi student macam saya, ini penjimatan besar kat duit poket.


Comments
Post a Comment