Kemudahan di Fakulti
Sebagai pelajar di Fakulti Ekonomi dengan Pengurusan (FEP), saya dapat guna macam-macam fasiliti yang membantu masa belajar. Salah satu kemudahan ialah pusat sumber fakulti dia ada banyak bahan bacaan pasal ekonomi, pengurusan, bisnes jugak. Kat situ suasana tenang, kerusi pun selesa, jadi memang syok la nak ulangkaji tanpa gangguan.
Komputer dan internet kat FEP memang membantu hidup aku sebagai pelajar jadi senang. Aku selalu pakai pc fakulti nak masuk SPIN ke, e-learning ke, atau cari bahan belajar online. Internet dia pun laju dan dapat siapkan kerja yang banyak dengan cepat.Selain itu, saya juga dapat banyak matlumat tambahan seperti isu semasa , ekonomi dunia dan ekonomi didalam negara dengang menggunakan kemudahan ini.
Kemudahan lain, dekat pusat niaga fakulti tu disediakan pencetak, mesin salinan dengan tempahan slide presentation semua benda ni memang membantu pelajar seprti saya . Fasiliti ni jadi lebih relevan masa waktu hujung penghantaran tugasan ke atau kalau kena siapkan barang untuk program kelab dan pertubuhan. Rasa puas hati pun ada sebab berada dalam FEP, bukannya setakat bilik lab lengkap je, malah layanan kepada perkembangan pelajar dari segala sudut turut diberi perhatian.
Comments
Post a Comment