Pengenalan Diri
Hai, saya nak perkenalkan diri sikit. nama saya Airil Hakimi bin Kharul Anuar, sedang belajar tahun satu dalam Khusus Pentadbiran Perniagaan dekat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) . Kampung asal saya dekat pendang, Kedah dimana tempat sunyi, tak huru hara sangat, pemandangan sawah menghijau sampai hilang batasan pandangan. Suasana macam tu yang bentuk personaliti saya, buatkan saya tetap rendah hati, ikhlas dalam apa juga, serta hargai setiap nikmat yang datang.
Saya ni anak bongsu dalam keluarga yang cuma ada tiga orang adik-beradik. Bapa saya, baru sahaja meninggal dunia pada bulan Ogos kemarin.Ini membuatkkan saya sangat sedih kerana arwah bapa saya tidak sempat melihat saya masuk ke universiti yang saya impikan. Sebelum ini bapalah yang penat kerja di sawah tiap-tiap hari sebab nak cukup makan semua orang, sementara mak saya jaga kami kat rumah sekali pasti urusan tak kacau bilau. Sekarang, abang sulong saya mengambil tanggungjawab untuk menyara kami sekeluarga. Ibu Bapa sayalah yang selalu dorong saya supaya rajin belajar dan gigih kejar cita-cita sendiri. Biarpun hidup biasa je, perasaan sayang masa di rumah tu lebih mahal dari harta lain.
Sebagai anak belia yang sedang belajar di Fakuli Ekonomi dan Pengurusan, hati ni sentiasa berdebar-debar nak tahu lebih pasal dunia perniagaan dengan menguruskan organisasi. Ilmu kat UKM nanti rasanya bukan sekadar teori tapi jalan pintas untuk saya turut serta membangunkan ekonomi tempatan dan sokong komuniti sekeliling. Tak cukup tu, saya ni jenis tak duduk diam je dalam bilik, saya selalu join program kampus sambil berkawan dengan pelajar lain walaupun datang dari budaya berbeza-beza. Kalau ikut pandanganku, hidup waktu belajar ni bukannya cuma tentang nota dan peperiksaan tapi masa paling sesuai untuk tambah ilmu, bentuk personaliti, dan hasilkan momen yang tak mudah dilupa.

Comments
Post a Comment